Friday 25 June 2021

AKU FORM 5 PRO MAX 2.0

 ASSALAMUALAIKUM AND HELLO GUYS!

Apa khabar? Sihat ke tak? Amacam PKP 3.0? sedih kaan, tak dapat keluar, terperuk je dalam rumah. Samalah kita. Soo, cita hari ini tajuk yang agak hangat di Malaysia few weeks ago. Apa tu? Korang mesti boleh agakkan dari tajuk. hmm. Sebelum tu, aku nak cakap WOW dulu. Sebab kalau korang perasan, aku dah jadi blogger for 6 years. Aku dah start since 2015 when i was in primary 5. Waktu tu kiut miut je, type pun sopan bethols. HAHAHA. Sekarang aku dah Form 5 do. Aku pun tak percaya sebenarnya but let's face the truth :). Okay, berbalik kepada tajuk aku tadi, aku boleh rasakan banyak Form 5 students yang marah gile pasal announcement tu. Some of them said,

" weh aku penat do tengok SPM kena tangguh ni. Dah aku stress dengan online class, homeworks berlambak pastu kerajaan tangguh SPM pergi tahun depan."

"Halamak, kena tangguh pergi tahun depan ke? takde semangatlah nak duduk SPM ni. Aku nak rileks duduk rumah cepat."

dan banyak lagi komen sebenarnya, Ada je yang ambik in positive way tapi aku bagi example untuk negative. Aku sebenarnya nak buka minda budak budak F5 2021 tentang penangguhan ni. Sebab aku pun one of them. Aku pun lahir 2004. Aku pun terkesan jugak tapi meh aku cakap.

TO ALL F5 2021 CANDIDATES FROM ALL AROUND MALAYSIA,

Sebelum aku bagitau korang, i will tell you my story bila aku tau cerita pasal benda ni. Okay, few weeks before announcement ni keluar, banyak je rumours yang cakap F5 2021 akan sit for SPM in 2022. Banyak giler. Tapi aku positifkan diri aku dengan cakap,"eh tak mungkin ni, paling paling pun start bulan December. Aku tak rasa kerajaan nak tangguhkan lagi". But i was wrong. Sebab aku ingat, lepas cuti 2 minggu tu, dah boleh pi sekolah macam biasa tapi tak. Sorry, i was stupid waktu tu yang expecting cases boleh turun lol. Tapi aku positifkan lagi diri aku. Aku cakap, "fine,maybe January?". And i was wrong again. Aku bangun je pagi tu, tengok guru kelas aku hantar gambar. Gambar tu cakap F5 2021 akan menduduki SPM pada bulan Mac 2022. Mata aku buka luas weh. aku macam "WHAT??? seriouslah weh. Birthday month aku tu." Aku baru nak chill waktu hari jadi aku and impian aku punah macamtu. Before tu, birthday aku (18 Mac aka first day PKP bermula di Malaysia). Ok sambung balik. At that time, aku taktaulah nak down ke, nak happy ke, nak nangis ke. Everything bercampur. For some reasons, aku bersyukur sebab aku diberi peluang lagi untuk belajar. But most of it, aku agak down sebab bila SPM ni ditangguh, aku makin doubt my abilities kalau aku dapat jawab sebaik mungkin. Kau faham tak? Tak faham, buat buat faham jelah. 

Petang tu aku ada online tuition tau.Aku ada english class with a teacher called Miss Maryam. Kalau kenal, haa taulah aku join apa. Tapi tu nanti nanti jelah aku cita okay. Waktu tu, dia punya kelas adalah first class aku untuk haritu. So dialah yang first yang cakapkan. Dia cakap ceni tau. Lebih kuranglah ayat dia aku takde nak ingat sebijik sebijik. 

"Batch Pro Max ni untung tau. Korang diberi peluang tempoh belajar yang banyak lagi daripada batch batch sebelum tu. Walaupun korang diberi dugaan yang besar macam pandemik Covid-19 ni, tapi korang still nak belajar. Mungkin ada students, bila pandemik start, hilang dah minat belajar mereka sebab beberapa factors. Lagi-lagi batch 04 ni dahlah format baharu, syllabus baharu, kekurangan buku rujukan dan sebagainya tapi masih bersemangat untuk belajar."

Dia banyak lagi tapi aku tak ingat sangat sebab lama dah, Tapi from that, aku mula buka minda aku, ambik perkara yang positive tentang penangguhan ni

.Cuba korang fikirlah, reasons why kerajaan tangguhkan SPM ni sebab tak semua students diberi peluang untuk ikut online classes. Cuba korang tengok kawan kawan kita yang kurang berkemampuan, mungkin bagi mereka sangat susah untuk join sebab tiada gadget, tiada internet dan semua ni guna duit. Mereka nak beli makanan pun susah apatah lagi nak beli gadget betul tak? Diaorang sekarang ni hanya mampu belajar sendiri daripada latihan dan buku teks yang diberi waktu buka sekolah haritu. Self study kau rasa membantu sangat ke? Ambik contohlah, kau baca buku English, certain vocabularies tu tak faham, buka dictionary tak faham.Kau buat apa selalunya? Cari dekat google kan? atau pergi tanya cikgu? But for them, benda tu susah tau. Andai kata, none of their family members ada gadget, self study tu hanya membantu students tu untuk faham sikit je. Selebihnya, kena tunggu cikgu buat explanations. 

Second, aku tanya korang yang diberi peluang untuk join online classes. Rasa rasa kau faham tak macam join kelas kat sekolah? Me as personally, aku faham kadang-kadang dan ada je blur. Sometimes, peluang tu terhad untuk cikgu explain especially yang perlu lukis dekat whiteboard dan sebagainya. Unless lah cikgu korang ada segalanya macam dekat sekolah. Ada whiteboard, lighting cantik, kamera phone cantik, semualah cun. Tapi tak semua cikgu mampu buat macam tu. Jadi, berkemungkinan kerajaan mempertimbangkan benda benda macam ni sebab kalau tengok, we spent most of our time dengan online classes untuk tahun ni.

Third and last lah, aku penat nak taip . aku cuma cuba untuk buka minda korang je. Sambung. Aku nak tanya lagi. Kalau kerajaan tak tangguh kan, kau ready ke nak SPM bulan 10 (kot) ni? Kau confident dengan segala ilmu yang kau belajar sendiri, belajar dengan online classes , tak perlu kelas fizikal. Cukup untuk kau dapat cemerlang in SPM? Mungkin certain akan cakap yes and some akan cakap tak. Actually it depends on how you focus in class, how you study and manage your time. Tapi kalau  aku, aku baru je start online classes ni for 1year plus tau. Aku tak pernah lagi buat sebelum ni. Maksudnya, kalau setakat tengok youtube tu untuk tambah kefahaman tu adelah. Tapi walau macam mana sekalipun, aku memang prefer pergi sekolah dan pergi tuitions physically. Itu memang cara aku belajar since sekolah rendah. Kita dah pergi sekolah since 5 tahun lagi (standard age) sampai form 3 tanpa pernah ada online classes dekat rumah. Kau compare dengan 2 tahun ni. Kau rasa kau boleh adapt in two years macam tu ke? 

In conclusion, there are many reasons why kerajaan tangguhkan. Kalau kau down tapi tak give up, it's okay. It's normal untuk down for the first time sebab bukan atas kerelaan hati kita. Bukan kita yang nak pandemik ni datang dan hancurkan plan kita since tahun 1 tu. But we had no choice. Kita kena tempuhi jugak benda ni as cabaran dalam hidup. Bosanlah hidup kau dekat dunia ni kalau takde dugaan dan cabaran. Aku tau batch 04 boleh tempuh benda ni . Kita yang dipanggil tikus makmal ni dah be together since 2011. UPSR dah tempoh , PT3 yang last minute tukar format tu pun kita dah harungi sama sama. Kenapa nak give up sekarang? 

Last but not least, i am sorry kalau ayat aku kasar macam takde adab eh. Tapi aku memang straight forward je. Buang masa bagi ayat bunga bunga to convince someone but end up tak terkesan pun dalam hati orang tu. Cikgu aku cakap, "manusia ni mesti kena tikam dengan ayat deep dulu baru nak terkesan". All the best batch 04 for yout SPM. Semoga setiap daripada kita dapat result yang cemerlang gemilang terbilang. Inshallah.

Untuk readers yang lain jugak, thank you so much sebab sanggup baca sampai habis. Korang is the best. Any questions, boleh tanya dekat comment kat bawah. Ada masa , inshallah aku jawab. Aku rasa aku kena stop type. Thanks again. Have a nice day. Bye bye.

Regards.

Khairina :]

1 comment: