Friday 11 December 2020

TRAVEL POST 2020: SAMALAJU RESORT

 ASSALAMUALAIKUM AND HI EVERYONE :)


Seperti yang telah dijanjikan, aku akan cerita balik pasal kehidupan aku yang agak...membosankan?  Aku pun taktaula. Tanpa membuang masa sebelum aku kehabisan idea HAHAH. Enjoy reading my new post and new readers, do follow me for another interesting stories, okay!


(Sabtu,  5/12/2020)

My family and I were on our way to Samalaju Resort, Samalaju, Bintulu. HAHHAHAH speaking pulak. SO, kitaorang pergi hari Sabtu dan balik Ahad sebab keesokannya parents aku nak kerja. Macam biasa, kitaorang pergi sebab Family Day my mom's company. So, dah alang- alang ada orang nak bayar hotel free free kan, baik pergi je. Dapatlah jugak duduk hotel sekali sekala. Yedok AHHAH. By the way, sapa tak tahu mana tempat ni, Samalaju adalah tempat industri kecil dekat Bandar Bintulu di Sarawak. Kalau nak tahu, boleh pi google ye kawan kawan. Terima kasih.

Nak dijadikan cerita la, kitaorang bertolak dari Bintulu pukul 4:00 petang sebab aku ada online class pagi tu. Almaklumlah, pandemik ni, tak dapat nak pergi sekolah dan tempat tempat crowded. Lagipun, kalau kitaorg pergi pun, takda apa apa pun nak buat sebab kitaorang takda main main macam dulu sebab masih PKPP kan. Jadi, diaorang buat pertandingan untuk budak budak kecil je. Jadi, kitaorang yang beso-beso ni, nak datang lewat pun takpe hehehe. Ok sambung cita,

Kitaorg sampai dalam pukul 5:00 petang macamtula, dahlah hujan lebat. Kau rasa? Memang slowla kakak aku bawak. Aku pun menyedap tido dekat belakang HAHAHAH. Sampai sampai tu, kitaorang check in ,pastu masuk bilikla, apa lagi. Tapi , setiap kali masuk bilikkan, kitaorang mesti sakit hati. Contohnya, katil kecil la, tak cukup bantal la, macam macam la masalah. Tapi apa boleh buat, bukan kitaorang yang bayar :(. So, masuk je bilik, rehat jap, buatla apa yang patutkan. takkan aku nak cita specific :3. Malam tu, kitaorang makan dekat dewan yang office mak aku dah book. Tapi, tahun ni paling bosanla kot bagi aku. Sebab macam bukan majlis. Kau datang datang, pi ambik makanan kalau diaorang dah bukak ,pastu ada orang karaoke . Macam kau pergi staycation? Macam tu la.Adalah jugak kitaorang ambik gambar sikit untuk kenangan.

Esok pagi tu, kitaorang pergi breakfast dekat cafe sebab include sekali ,the food ..umm okayla. Aku bagi 6 out of 10 sebab aku pernah rasa yang lebih sedap dari tu. Lepastu, kitaorang pergi swimming pool dia jap, main main air dekat situ sebelum checkout pukul 11:00 pagi. In my opinion, agak bosanla tapi aku faham , pandemik kan. Banyak benda tak boleh buat.

In conclusion, aku bagi 5 out of 10 dekat resort ni. Banyak factors sebenarnya daripada services, food dan sebagainya. Kalau korang interested, you can go tapi kalau aku ada diberi peluang, tak kot. Aku tak berniat nak memburukkan tapi benda ni betul la. Kalau ada pekerja kat situ baca ni, bolehla improve mana yang tak berapa bagus lagi. Overall, okay for me . Scenery cantik :).


Aku ada attached beberapa gambar. Silakan tengok ye :)



Abaikan muka aku yang hodoh tu HAHAHA sebab aku dah kepanasan sebab main dengan adik sepupu aku 



dia ada 2 kolam. Yang sebelah kiri tu kedalaman dia dalam 1.2m je , yang satu lagi tu aku tak sure, tapi aku rasa dalam lagi.


Ni view waktu dah nak maghrib. Cantik jugak dengan lampu lampu tu yang menerangi tempat tu waktu malam.



Sooo, aku rasa tu je kot. Sorry kalau lama dah tak update, harap difahami ye. Dan maaf kalau some of my words agak kasar, aku try nak jadi sempoi je untuk post kalini :). Kalau ada apa apa nak tanya, feel free to ask me dekat comment kat bawah, aku akan jawab secepat yang mungkin , Inshallah. Thanks for reading sampai habis. I really appreciate it :). Selamat Malam dari saya !


Love,
Khairina :]


12 comments:

  1. Hai best dengar cerita sis.Belum pernah lagi jejak Bintulu..nak tahu jugak cuaca kat sana mesti sejukkan? btw sis salam perkenalan jemput singgah GA saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai! Sekarang ni memang sejukla sebab musim hujan :) jemputlah datang sini kalau ada masa :D

      Delete
  2. hai,jemput join GA saya..

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete
  3. waaaa bestnya jenjalan. i this year mana pun tak pergi :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dapat jalan jalan pun sebab my mom's office punya family day :). Kalau tak, mereput jugaklah dekat rumah ')). Takpe, nanti kalau dah takde covid ni, bolehla jalan2 lagi :)))

      Delete
  4. Lama dah tak jalan2 disebabkan pkp ni. rentas negeri apatah lagi. Boleh la kurangkan n legakan stres sikit kan bila dah bercuti tu. Awak ni merendah diri betul. Tak bosan pun baca kisah awak. siap follow lg.
    Hehe.
    Btw, kalau sudi jemput join giveaway blog akak.

    ReplyDelete
  5. Nampak best je XD. Btw, salam perkenalan. done follow #48. Jemput ke blog saya

    ReplyDelete
  6. syoknya tengok swimming pool tapi saya ni penakut air...suka tengok je

    Salam perkenalan dari iamfuzy.com

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. sama nama dgn anak sedara.. hehehe, kalau bercuti memang suka pergi yang ada swimming pool. salah satu aktiviti beriadah bersama. tapi dah PKP ni apakan daya.. tengok website je lah.heheh

    ReplyDelete
  8. lanjut ceritanya biar tetap bisa selalu menyimak

    ReplyDelete