Friday 25 June 2021

AKU FORM 5 PRO MAX 2.0

 ASSALAMUALAIKUM AND HELLO GUYS!

Apa khabar? Sihat ke tak? Amacam PKP 3.0? sedih kaan, tak dapat keluar, terperuk je dalam rumah. Samalah kita. Soo, cita hari ini tajuk yang agak hangat di Malaysia few weeks ago. Apa tu? Korang mesti boleh agakkan dari tajuk. hmm. Sebelum tu, aku nak cakap WOW dulu. Sebab kalau korang perasan, aku dah jadi blogger for 6 years. Aku dah start since 2015 when i was in primary 5. Waktu tu kiut miut je, type pun sopan bethols. HAHAHA. Sekarang aku dah Form 5 do. Aku pun tak percaya sebenarnya but let's face the truth :). Okay, berbalik kepada tajuk aku tadi, aku boleh rasakan banyak Form 5 students yang marah gile pasal announcement tu. Some of them said,

" weh aku penat do tengok SPM kena tangguh ni. Dah aku stress dengan online class, homeworks berlambak pastu kerajaan tangguh SPM pergi tahun depan."

"Halamak, kena tangguh pergi tahun depan ke? takde semangatlah nak duduk SPM ni. Aku nak rileks duduk rumah cepat."

dan banyak lagi komen sebenarnya, Ada je yang ambik in positive way tapi aku bagi example untuk negative. Aku sebenarnya nak buka minda budak budak F5 2021 tentang penangguhan ni. Sebab aku pun one of them. Aku pun lahir 2004. Aku pun terkesan jugak tapi meh aku cakap.

TO ALL F5 2021 CANDIDATES FROM ALL AROUND MALAYSIA,

Sebelum aku bagitau korang, i will tell you my story bila aku tau cerita pasal benda ni. Okay, few weeks before announcement ni keluar, banyak je rumours yang cakap F5 2021 akan sit for SPM in 2022. Banyak giler. Tapi aku positifkan diri aku dengan cakap,"eh tak mungkin ni, paling paling pun start bulan December. Aku tak rasa kerajaan nak tangguhkan lagi". But i was wrong. Sebab aku ingat, lepas cuti 2 minggu tu, dah boleh pi sekolah macam biasa tapi tak. Sorry, i was stupid waktu tu yang expecting cases boleh turun lol. Tapi aku positifkan lagi diri aku. Aku cakap, "fine,maybe January?". And i was wrong again. Aku bangun je pagi tu, tengok guru kelas aku hantar gambar. Gambar tu cakap F5 2021 akan menduduki SPM pada bulan Mac 2022. Mata aku buka luas weh. aku macam "WHAT??? seriouslah weh. Birthday month aku tu." Aku baru nak chill waktu hari jadi aku and impian aku punah macamtu. Before tu, birthday aku (18 Mac aka first day PKP bermula di Malaysia). Ok sambung balik. At that time, aku taktaulah nak down ke, nak happy ke, nak nangis ke. Everything bercampur. For some reasons, aku bersyukur sebab aku diberi peluang lagi untuk belajar. But most of it, aku agak down sebab bila SPM ni ditangguh, aku makin doubt my abilities kalau aku dapat jawab sebaik mungkin. Kau faham tak? Tak faham, buat buat faham jelah. 

Petang tu aku ada online tuition tau.Aku ada english class with a teacher called Miss Maryam. Kalau kenal, haa taulah aku join apa. Tapi tu nanti nanti jelah aku cita okay. Waktu tu, dia punya kelas adalah first class aku untuk haritu. So dialah yang first yang cakapkan. Dia cakap ceni tau. Lebih kuranglah ayat dia aku takde nak ingat sebijik sebijik. 

"Batch Pro Max ni untung tau. Korang diberi peluang tempoh belajar yang banyak lagi daripada batch batch sebelum tu. Walaupun korang diberi dugaan yang besar macam pandemik Covid-19 ni, tapi korang still nak belajar. Mungkin ada students, bila pandemik start, hilang dah minat belajar mereka sebab beberapa factors. Lagi-lagi batch 04 ni dahlah format baharu, syllabus baharu, kekurangan buku rujukan dan sebagainya tapi masih bersemangat untuk belajar."

Dia banyak lagi tapi aku tak ingat sangat sebab lama dah, Tapi from that, aku mula buka minda aku, ambik perkara yang positive tentang penangguhan ni

.Cuba korang fikirlah, reasons why kerajaan tangguhkan SPM ni sebab tak semua students diberi peluang untuk ikut online classes. Cuba korang tengok kawan kawan kita yang kurang berkemampuan, mungkin bagi mereka sangat susah untuk join sebab tiada gadget, tiada internet dan semua ni guna duit. Mereka nak beli makanan pun susah apatah lagi nak beli gadget betul tak? Diaorang sekarang ni hanya mampu belajar sendiri daripada latihan dan buku teks yang diberi waktu buka sekolah haritu. Self study kau rasa membantu sangat ke? Ambik contohlah, kau baca buku English, certain vocabularies tu tak faham, buka dictionary tak faham.Kau buat apa selalunya? Cari dekat google kan? atau pergi tanya cikgu? But for them, benda tu susah tau. Andai kata, none of their family members ada gadget, self study tu hanya membantu students tu untuk faham sikit je. Selebihnya, kena tunggu cikgu buat explanations. 

Second, aku tanya korang yang diberi peluang untuk join online classes. Rasa rasa kau faham tak macam join kelas kat sekolah? Me as personally, aku faham kadang-kadang dan ada je blur. Sometimes, peluang tu terhad untuk cikgu explain especially yang perlu lukis dekat whiteboard dan sebagainya. Unless lah cikgu korang ada segalanya macam dekat sekolah. Ada whiteboard, lighting cantik, kamera phone cantik, semualah cun. Tapi tak semua cikgu mampu buat macam tu. Jadi, berkemungkinan kerajaan mempertimbangkan benda benda macam ni sebab kalau tengok, we spent most of our time dengan online classes untuk tahun ni.

Third and last lah, aku penat nak taip . aku cuma cuba untuk buka minda korang je. Sambung. Aku nak tanya lagi. Kalau kerajaan tak tangguh kan, kau ready ke nak SPM bulan 10 (kot) ni? Kau confident dengan segala ilmu yang kau belajar sendiri, belajar dengan online classes , tak perlu kelas fizikal. Cukup untuk kau dapat cemerlang in SPM? Mungkin certain akan cakap yes and some akan cakap tak. Actually it depends on how you focus in class, how you study and manage your time. Tapi kalau  aku, aku baru je start online classes ni for 1year plus tau. Aku tak pernah lagi buat sebelum ni. Maksudnya, kalau setakat tengok youtube tu untuk tambah kefahaman tu adelah. Tapi walau macam mana sekalipun, aku memang prefer pergi sekolah dan pergi tuitions physically. Itu memang cara aku belajar since sekolah rendah. Kita dah pergi sekolah since 5 tahun lagi (standard age) sampai form 3 tanpa pernah ada online classes dekat rumah. Kau compare dengan 2 tahun ni. Kau rasa kau boleh adapt in two years macam tu ke? 

In conclusion, there are many reasons why kerajaan tangguhkan. Kalau kau down tapi tak give up, it's okay. It's normal untuk down for the first time sebab bukan atas kerelaan hati kita. Bukan kita yang nak pandemik ni datang dan hancurkan plan kita since tahun 1 tu. But we had no choice. Kita kena tempuhi jugak benda ni as cabaran dalam hidup. Bosanlah hidup kau dekat dunia ni kalau takde dugaan dan cabaran. Aku tau batch 04 boleh tempuh benda ni . Kita yang dipanggil tikus makmal ni dah be together since 2011. UPSR dah tempoh , PT3 yang last minute tukar format tu pun kita dah harungi sama sama. Kenapa nak give up sekarang? 

Last but not least, i am sorry kalau ayat aku kasar macam takde adab eh. Tapi aku memang straight forward je. Buang masa bagi ayat bunga bunga to convince someone but end up tak terkesan pun dalam hati orang tu. Cikgu aku cakap, "manusia ni mesti kena tikam dengan ayat deep dulu baru nak terkesan". All the best batch 04 for yout SPM. Semoga setiap daripada kita dapat result yang cemerlang gemilang terbilang. Inshallah.

Untuk readers yang lain jugak, thank you so much sebab sanggup baca sampai habis. Korang is the best. Any questions, boleh tanya dekat comment kat bawah. Ada masa , inshallah aku jawab. Aku rasa aku kena stop type. Thanks again. Have a nice day. Bye bye.

Regards.

Khairina :]

Friday 11 December 2020

TRAVEL POST 2020: SAMALAJU RESORT

 ASSALAMUALAIKUM AND HI EVERYONE :)


Seperti yang telah dijanjikan, aku akan cerita balik pasal kehidupan aku yang agak...membosankan?  Aku pun taktaula. Tanpa membuang masa sebelum aku kehabisan idea HAHAH. Enjoy reading my new post and new readers, do follow me for another interesting stories, okay!


(Sabtu,  5/12/2020)

My family and I were on our way to Samalaju Resort, Samalaju, Bintulu. HAHHAHAH speaking pulak. SO, kitaorang pergi hari Sabtu dan balik Ahad sebab keesokannya parents aku nak kerja. Macam biasa, kitaorang pergi sebab Family Day my mom's company. So, dah alang- alang ada orang nak bayar hotel free free kan, baik pergi je. Dapatlah jugak duduk hotel sekali sekala. Yedok AHHAH. By the way, sapa tak tahu mana tempat ni, Samalaju adalah tempat industri kecil dekat Bandar Bintulu di Sarawak. Kalau nak tahu, boleh pi google ye kawan kawan. Terima kasih.

Nak dijadikan cerita la, kitaorang bertolak dari Bintulu pukul 4:00 petang sebab aku ada online class pagi tu. Almaklumlah, pandemik ni, tak dapat nak pergi sekolah dan tempat tempat crowded. Lagipun, kalau kitaorg pergi pun, takda apa apa pun nak buat sebab kitaorang takda main main macam dulu sebab masih PKPP kan. Jadi, diaorang buat pertandingan untuk budak budak kecil je. Jadi, kitaorang yang beso-beso ni, nak datang lewat pun takpe hehehe. Ok sambung cita,

Kitaorg sampai dalam pukul 5:00 petang macamtula, dahlah hujan lebat. Kau rasa? Memang slowla kakak aku bawak. Aku pun menyedap tido dekat belakang HAHAHAH. Sampai sampai tu, kitaorang check in ,pastu masuk bilikla, apa lagi. Tapi , setiap kali masuk bilikkan, kitaorang mesti sakit hati. Contohnya, katil kecil la, tak cukup bantal la, macam macam la masalah. Tapi apa boleh buat, bukan kitaorang yang bayar :(. So, masuk je bilik, rehat jap, buatla apa yang patutkan. takkan aku nak cita specific :3. Malam tu, kitaorang makan dekat dewan yang office mak aku dah book. Tapi, tahun ni paling bosanla kot bagi aku. Sebab macam bukan majlis. Kau datang datang, pi ambik makanan kalau diaorang dah bukak ,pastu ada orang karaoke . Macam kau pergi staycation? Macam tu la.Adalah jugak kitaorang ambik gambar sikit untuk kenangan.

Esok pagi tu, kitaorang pergi breakfast dekat cafe sebab include sekali ,the food ..umm okayla. Aku bagi 6 out of 10 sebab aku pernah rasa yang lebih sedap dari tu. Lepastu, kitaorang pergi swimming pool dia jap, main main air dekat situ sebelum checkout pukul 11:00 pagi. In my opinion, agak bosanla tapi aku faham , pandemik kan. Banyak benda tak boleh buat.

In conclusion, aku bagi 5 out of 10 dekat resort ni. Banyak factors sebenarnya daripada services, food dan sebagainya. Kalau korang interested, you can go tapi kalau aku ada diberi peluang, tak kot. Aku tak berniat nak memburukkan tapi benda ni betul la. Kalau ada pekerja kat situ baca ni, bolehla improve mana yang tak berapa bagus lagi. Overall, okay for me . Scenery cantik :).


Aku ada attached beberapa gambar. Silakan tengok ye :)



Abaikan muka aku yang hodoh tu HAHAHA sebab aku dah kepanasan sebab main dengan adik sepupu aku 



dia ada 2 kolam. Yang sebelah kiri tu kedalaman dia dalam 1.2m je , yang satu lagi tu aku tak sure, tapi aku rasa dalam lagi.


Ni view waktu dah nak maghrib. Cantik jugak dengan lampu lampu tu yang menerangi tempat tu waktu malam.



Sooo, aku rasa tu je kot. Sorry kalau lama dah tak update, harap difahami ye. Dan maaf kalau some of my words agak kasar, aku try nak jadi sempoi je untuk post kalini :). Kalau ada apa apa nak tanya, feel free to ask me dekat comment kat bawah, aku akan jawab secepat yang mungkin , Inshallah. Thanks for reading sampai habis. I really appreciate it :). Selamat Malam dari saya !


Love,
Khairina :]


ALMOST 2 YEARS???

 ASSALAMUALAIKUM AND HI HI EVERYONE!


Ehem ehem. Aku dah lama tak tulis blog ni , so agak awkward to be honest tapi aku try :). Let me introduce myself again HAHA. My name is Khairina and I am 16 years old. WOW , blog ni dah 5 tahun tapi sayang , aku jarang update sebab beberapa factors yang aku malas nak sembang. Haaa, kalau aku dah FORM 4, mestilah aku dah sit untuk PT3 kan? and korang nak tau apa aku dapat. Aku dapat biasa biasa je. Bolehla cukup cukup makan untuk masuk Science stream.

 Actually, in these 2 years, banyak benda yang dah terjadi dalam hidup aku, pengalaman manis pahit suka dan duka , macam macamlah. AHHAHHA . (sendu)

.

.

SEBENARNYAkan, aku ada baaaaaaaaaaaaanyak benda nak share tau tapi itulah, aku MALAS. Haaa nila faktor kenapa aku tak update HAHAHHA sebab aku malas tapi tak semuala. Tolongla doakan aku supaya aku rajin nak update okay HAHHAHHA. OMG, it's really awkward tbh huhu. Hmmm, apa lagi nak cakap eh. Macam takda ;). So, stay tune for my next update yang tak lama lagi kot. Tengoklaaa.

BYEEEEEEEEEEEEE :))))))


Love,

KHAIRINA <3

Wednesday 26 December 2018

Brunei Journey 2018 and Bad News!

Assalamualaikum and Hi Guys!

So, I'm back again dengan post yang baru! Well, for this holiday, as usual I'm not going too far sebab mak ayah aku pun kerja. Biasalah... Tapi, aku bersyukur, atleast we have spent our time kan? Okay. We went for Brunei for 2 days and 1 night. Sebenarnya, it's unplanned sebab kami nak beli barang sekolah dekat Miri tapi itulah... cun cun dah sampai Miri and dah bawak passport, pergi jelah. Aku dah pernah post gambar time aku pergi Brunei dulu about 2 or 3 years ago? Tu punya gambar dah lapuk. Aku akan bagi gambar latest punya. Hehe. So, let's get start it!

Di Brunei, aku ada saudara which is Ketua Kampung dekat suatu kampung yang aku sendiri tak ingat nama dia. HAHA. Kampung tu dia jauh dari bandar, jadi dia akan take time jugaklah nak ke bandar.



Ok. First of all, of courselah kita akan lalu immigration kan, kalau tak macam mana nak masuk Brunei. Hihi. Ini immigration Brunei. Selalunya, jammed kalau nak pergi Brunei tapi Alhamdulillah, jalan nak pergi Brunei tu oklah jugak.

Haaa, sapa yang taktau. Yang ni passport Malaysia yang kita guna untuk ke luar negara. HAHA. Passport ni dengan warna biru tu lain. If I'm not mistakenlah, passport biru tu for Semenanjung people,right? And aku pun tak ada. Sebab aku Sarawak people. HAHA. But, my father have it  :).

Ok. Lepas kau dah lalu immigration,kau akan lalu tol dia pulak. Kalau naik kereta biasa, taklah mahal sangat dalam duit mereka just $3 (RM 9). Tol Malaysia pun mahal jugak kan?

Lepas aku dah jumpa saudara aku, dia bawak family aku jalan-jalan. Ini jambatan dia. Baru jugak. Aku pergi dulu takda pulak. Nama jambatan ni Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Bridge. Apa apa boleh search kat google eh. Hehe. 
Sapa taktau masjid ni? Cantik. Time malam lagi cantik. Tapi aku tak tangkap sebab lighting tak cantik. In sha allah kalau sempat, aku ambik time malam. ok?
Dekat tepi pantai tu, dia ada satu jalan macam kalau nak bersiar-siar, jogging boleh lah kat situ. Lagipun, dekat situ rasa tenang je.

Time ni dah nak sunset dah, Actually, dekat dengan tempat tu, ada kampung dekat seberang which is we have to use boat. Boleh je nak guna darat tapi take time lah..

At night, we were going to Jerudong Park at Jerudong. Kami pergi ramai so ada dapat discount. Lucky for us, everything saudara aku yang bayar. So, senanglah. Kalau korang nak pergi, aku ada ambik gambar, for adult macam kita, i mean 12 years old and above, it will cost $20 (rm60) sebab kita bukan non-residential kan.
\






So, ni burung- burung yang dia ada. Banyak je. Tapi aku tak ambik gambar. Hehe. sokay, I'll go again later. Sebab aku pergi malam, so burung tak active sangat. Lepas tengok burung, kami jalan jalan pusing satu Jerudon Park tu. Banyak je game2 yang menarik tapi aku x main sebab dah malam. Lagipun sian jugak dengan saudara2 aku. Mostly dah berumur. So, kami pun balik around 2130 to 2200. Penatlah. Sampai je, tukar2 baju terus tidur.

Well, bangun pagi macam biasa. Mandi, solat dan daily routine yang selalu dibuat. Actually, that day, aku patutnya balik Malaysia tengah hari, but idk why my mom really wanted to go back awal pagi sebab dia cakap tak sedap hati. So, pukul 8 lebih pagi, as usual, makan,sembang2 and suddenly my mum got phone call yang mengatakan datuk aku rebah dekat tandas. Kau rasa? Dahlah dekat negara orang, lepas tu something jadi. After that, memang rushinglah balik Malaysia. Otw nak balik Malaysia, around 0930, ngah aku cakap datuk aku dah meninggal... Aku macam dah tak tau nak cakap apa. Macam.. I lost my 2 precious grandparents in 2 years. Tapi aku redha. Semua tu ajal. Doakanlah baik baik untuk dia :). Sampai je rumah, terus bawak lagi baju2 penting untuk ke KCH. And kami terus fly ke KCH. Sampai pun 4 lebih, and thanks to Allah, kami sempat cium dia sebelum dia dikuburkan. Sedih tu sedihla sebab ni pergi mengejut. Nilah badnews yang aku cita tu and sebab tu aku tak suka ingat balik. But it's okay. Aku nak cakap, tolong appreciate sapa2 je orang yang kau sayang. Kalau dapat peluk,peluklah. Kalau dapat cium,ciumlah. Kita taktau bila dia nak pergi kan? Aku rasa ni je yang dapat aku cita. before aku nangis, better aku stop. So ni jelah journey aku for this longgggggggggggggg holiday. Nanti aku cita pasal aku pergi Lost World of Tambun,Perak.
I think that's all from me.

Regards,
KhairinaZahari

Monday 24 December 2018

First Post in the End of 2018??

Assalamualaikum and Hi guys!

It's been a year aku,i mean saya.. Ahh! whatever. It's been a YEAR aku tak active blog ni. Sorry guys :p. Aku bukan apa. Aku sekarang sekolah dekat boarding school so it's too difficult for me to update my blog frequently. Aku pernah terfikir untuk delete blog ni but aku terfikir, aku dah buat blog ni since I'm 11 years old until now I'm 14 years old! Why not aku sambung je mana tau aku nanti anak cucu cicit aku dapat baca? hahahha lambat lagi cita pasal tu. For this 2 years, I have a lot of good and bad news. I'm not going to tell you that cause' I dont like to remember what have I through from the past. Well, macam aku cakap tadi, I'm 14-year-old girl who will sit for Pt3 next year! Fuh, I'm so nervous!

Well, I'm deciding toactive balik on blogger world but I'm not quite sure sebab aku tak tau kalau kami guna laptop everyday or time weekend je. From next year until March 2019, we are allowed to use smartphone at school. So, itu mungkin chance untuk aku untuk active balikkan?

Aku akan kemaskini balik kan blog aku yang hampir hancur ni and buat banyak blogwalking. In sha allah :) . So aku harap korang still sudi baca blog aku yang dah berhabuk ni hahahha. Oklah aku rasa ni jelah aku post untuk malam ni sebab aku nak atur balik blog aku!

I think that's all from me.

Regards,
KhairinaZahari

Wednesday 15 November 2017

END OF 2017

Assalamualaikum and Hi.


Lama dh saya tak bukak blog ni.I mean,saya bukak tpi tak tulis papa :P.Takda papa nak cerita tapi dh 8 bulan saya dkat MRSM. Mcm mcm dh saya lalui such as ujian topikal,ujian sem,sukan and so on.Nice memories.Before saya tulis ni,saya adalah baca sikit post yg lama.Adalah rasa malu sikit sbb waktu tu zaman tak matured :p.Saya rasa saya nak ceritalah pasal semalam.Semalam,saya dgn kwn saya pergi sekolah rendah. Jumpa cikgu and juniors.Best lh jgk.

Ni juniors yang tgh berlari. Mungkin dia perasan saya ambik gmbr mereka ;p

Ni kami.10 org je. Yg sorang dkat belakang tudung pink tu. Tak nampak sbb dia pendek sgt :p

Ni caunselor a.k.a cg psv kami.Dialah cg yg paling lama kami jumpa semalam.Sbb kami cerita pasal perangai tahun 6 yang agak 'childish' drpd kami ;p

Ni bestfriends saya. Tapi,x lengkap lh sbb ada yg masih sekolah lagi :p

Budak thn 5 main kompang dpn kelas.Mentang-mentanglah dh x belajar lagi :p

Semalam sekolah rendah saya ada buat jualan thn 6,bestlah..kami lps UPSR dulu,dibiar mcmtu je

Nilah muka bdk thn 6 sekarang. Macho kan? takdalah :p


Tu jelah kut dri saya.Waktu saya dtg semalam.Saya rasa pelik. Rasa mcm sekolah tu rendah sgt.:p Klah 


Sincerely,
KHAIRINA

Saturday 27 May 2017

NEW YEAR,NEW ME!

Assalamualaikum and Hi Guys!

It was a longgggggggg time,saya tak bukak blog. Almost 7 months! Before that, saya nak cakap sorry sebab dah lama tak on. Terdapat beberapa faktor ;

  • I don't have laptop or computer
  • No idea
  • Nothing to publish
  • I''m so lazyyyyyyyyyyy
  • Saya sekarang bersekolah di ASRAMA PENUH.
Tu je kut....Today,I would like to tell you what is mean by NEW YEAR,NEW ME!


= NEW YEAR,NEW ME bermaksud bila dah masuk tahun 2017,macam-macam dah berubah dalam diri saya seperti....
  • Saya bukan lagi kategori kanak- kanak (hmmmm so saddddd)
  • New school
  • New life
  • New friends
  • New teacher
  • New responsibility
  • Dan macam macam lagi
Saya akan cerita macam mana kehidupan saya sampai bulan Mei ni.. SO,let's get start it!

PENGALAMAN AWAL TAHUN

Waktu awal tahun,saya dah set mind nak sekolah dekat satu sekolah menengah yang bernama SMK Kidurong. Sekolah tu saya dari dulu nak masuk sampai (tahun berapa tak ingat) saya dah hafal lagu sekolah tu ( dulu kakak saya sekolah situ). Then,tiba tiba satu surat datang dan mengatakan (uii,ayattt)saya ditawarkan ke SMK Agama MIRI. Saya macam tertarik. Ini disebabkan,saya jugak mempunyai minat nak sekolah asrama. Jadi,saya terima tawaran tu.Dahlah LAST MINUTE.Jadi,1 Januari kami sekeluarga (except sorang kakak saya sebab dia kat sbp)berangkat dari BTU ke MYY. Dah sampai tu, saya belilah barang sikit yang saya tak sempat beli dkat BTU. Keesokannya,saya pun pergilah SMKAMI (nama manja sekolah tu) dan berdaftar.Tak payah kut nak cerita macam mana saya daftar.

PENGALAMAN DI SMKAMI

3 Januari 2017,hari pertama saya bersekolah di SMKAMI.Saya sangat nervous sebab situasi baru.Kebanyakan orang,dia akan nervous bila dia dekat sesuatu tempat yang baru. Oh! lupak pulak.Malam 2 Jan,,kami ada perjumpaan bilik,dalam bilik saya tu,ada dua kakak form 4 yang dipanggil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau kami panggil mereka MPP Bilik.MPP tu sebenarnya satu lembaga pengawas yang besar dan dibahagi kepada dua iaitu Jemaah Pemimpin Pelajar (JPP) dan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR). Tapi,MPP Bilik saya tu dua dua JPP. Back to the topic,malam tu kami memperkenalkan diri.After memperkenalkan diri,kami pun mencari ketua bilik.Saya tak kesah pun sapa ketua bilik dia,yang penting pandai jaga biliklah. Mula mula mereka tanya sapa nak jadi volunteer,saya memang taklah. Saya lebih suka kalau orang pilih daripada diundi atau volunteer. Last-last saya  jugak yang kena. Terima jelah hahahhah. I taught kami akan dapat Penolong dia,tapi...ada sorang budak ni..adoh,buat pening kepala toi lah. Dia pergi sibuk nak tangkap kupu kupu.Macamlah kupu kupu tu kacau dia. Ish3 dahtu,tak jumpalah.So,saya fikir malam esok kut
Pagi tu,kami bangun awal.SANGAT AWAL. Taklah awal sangat,macam pukul 3:30 camtu. Then,siap punya siap,pukul 5 turun pergi surau. Sekolah ni lain sikit. Lepas tu,terus pergi dewan makan. Tak boleh dah pergi asrama. Dah settle semua,kami pun bergerak ke DEWAN AL -KHAWARIZMI. Lepas tu,orentasi. Habis orentasi, pembelajaran bermula. Sedar tak sedar, dah 2 bulan saya kat sana.  THENNN,ada time tu saya stress gila  sampai saya nak balik rumah sangat sangat. Dahlah waktu tu,saya batuk kuat lepas tu,nak jaga bilik lagi,kelas lagi (saya jadi penolong ketua kelas). Bila  saya dapat balik tu,memang happy gila. Cuti punya cuti,balik sekolah dah. Bila nak balik tu,mak saya cakap dia dapat email daripada MARA mengatakan bahawa saya ditawarkan ke MRSM MUKAH. (second intec daaaa) Saya memang nak pergi,tapi tengok saya dah dah belanja banyak waktu dekat SMKAMI tu...saya fikir panjanglah.Mak saya tanya nak pergi tak,nanti nenek saya sponsor. Saya dengan  terkejut plus happy gila macam nak cakap dengan nenek saya "I LOVE YOU GRANDMA!" . Tapi saya still fikir,new friends? New place? New responsibility? Hmmm. Tapi saya terima jugak. And pergilah ke MRSM MUKAH. Cerite waktu pindah tu,takyah cakap la. Sedih sangat sangat. Sebenarnya,saya taklah rindu sangat dengan mereka. Sebab,duduk dekat MRSM best lagi.

PENGALAMAN DI MRSM MUKAH

6 MAC 2017, pukul 8:00 pagi,saya menjejak kaki buat kali pertama di MRSM MUKAH. Kaki waktu tu takyah cakaplah. Mana tak nya,dengan keputusan yang cukup cukup mkn je,tapi dapat sekolah yg baik camni (syukurrr). Saya masuk tu mereka waktu tu MINGGU AKTIVITI SEM 1. Jadi,saya start sekolah petanglah.Tapi yang best,first week tak belajar. Sapa tak happy? Waktu tu memang janggal lh.Mana taknya,sapa sapa pun tak kenal. Nasiblah ada dua orang kawan dari SMKAMI kat situ. Bla bla bla Habislah mingguu aktiviti. Then,hari Sabtu tu kami prep. Saya punyalah fikir " adoh,camna lah bentuk kelas,camnalah perangai budak kelas ni".Fikir punya fikir,sampai jugak kelas. Dah sampai tu,camtu jelh. Kelas tu mcm kelas biasa. Sebenarnya,saya dh jumpa some of them sbb sama HOMEROOM. Waktu saya sampai tu,ada sorang laki ni dia tegur "welcome to 1 Nilam". saya waktu tu macam wowww. Baiknya. And i THOUGHT he is the president but he is not! tapi still selamba. Bila saya dah dapat tempat tu. Ada sorang budak perempuan yg bagi saya comel. dia cakap "hi,nama saya eda". and bla bla bla bla bla bla bla. sedar sedar dah bulan 5.Lepas saya masuk tu,ada budak baru. Dalam 7 orang. Ada yang baru masuk bulan ni.


Saya rasa saya dah banyak bercakap.Thanks for reading.Selamat Berpuasa ye ^-^



Sincerely,
KhairinaZahari